Isnin, 11 April 2011

Rumusan hari-3

Hari ketiga lagi menarik, memulakan sesi dengan projek web page. belajar guna server jimdo, sebab sifu kata dia tak berapa percaya dengan server dalaman. Peserta belajar cara nak buat web page unit masing-masing. Akhir sesi, semua boleh dikatakan telah tahu cara nak melahirkan web page unit masing-masing yang mengandungi pengenalan, objektif, misi.visi dan lain-lain maklumat lagi..
Terima kasih sifu.....

Rumusan hari Ke-2 Kursus Aplikasi Internet Siri II

Hari kedua dimulakan dengan ORKUT yang mana peserta disajikan dengan ilmu yang sama tetapi medium yang berbeza iaitu setting list, filtering dan tagging
Seterusnya, peserta didedahkan bagaimana untuk menerbitkan blog sendiri melalui host blogspot.com bermula dengan menyediakan akaun google dan laman blog sendiri.
Terima kasih sekali lagi.

Rumusan Kursus Aplikasi Internet Siri II (hari pertama)

Hari pertama Kursus Aplikasi Internet berkisar mengenai FaceBook (FB) oleh sifu FAO. Ilmu yang dikongsikan ialah 'setting list', 'filtering' dan 'tagging'
Peserta kursus telah disajikan dengan langkah-langkah untuk menyenaraikan 'friends grouping' yang memudahkan pengguna FB untuk mengemaskini. Seterusnya filtering merancakkan suasana untuk keselamatan dan maklumat sampai kepada rakan yang dikehendaki dan bukannya kepada umum. Ilmu tagging pula memberi kemudahan kepada pengguna untuk memuatkan foto dan video. Terima kasih di atas ilmu tersebut.

Selamat Datang ke blog sulung saya.

Blog ini dibangunkan dengan bantuan pengajaran yang berguna daripada SIFU FAO. Terima kasih tak terhingga. Ilmu yang saya dapat ini, InsyaALLAH akan saya kongsikan apa sahaja yang saya ketahui (benda baik la) untuk kebaikan bersama. Moga-moga apa yang diperolehi daripada blog ini dapat dimanafaatkan ke arah kebaikan. Terima kasih.....